Tuesday, March 15, 2011

S.A.H.A.B.A.T

love can giVe a hundred reason to cry..................
bUt trUe friEnds can giVe life a thousand reason to....


SMILE  :)

Salam sayang untuk awak.
Awak,
Sebelum itu saya ingin menyatakan bahawa saya sangat sayang awak.
Mereka pun sangat sayangkan awak. 
Kami tak pernah berasa tidak senang apabila dipertemukan dengan awak.
Maaf, mungkin pada mulanya kami agak takut untuk mendekati diri awak. 
Yelah, awak seperti tidak mengendahkan kami. 
Seperti tidak mahu bergaul dengan kami yang tidak up to date macam awak ni.
Rupa-rupanya kami juga salah, sebenarnya awak yang malu untuk mendekati kami.
Kata awak kami ni terlalu baik, dan awak juga kata bahawa kami ni tak macam awak.
 Apabila awak berkata begitu, terasa ada percikan api di hati. 
Bukan percikan api kerana marahkan awak tetapi marahkan diri sendiri.
 Kami sangat bersalah, kami sepatutnya menegur awak dari mula lagi. 
Maafkan kami, kami bukanlah yang terbaik tetapi kami akan cuba jadi yang terbaik
untuk awak dan yang lain-lain.
Semasa awak mengadu tentang sesuatu, saya cuba mendengarnya.
Saya ingin menyelami hati awak. Sebenarnya awak juga baik. 
Mungkin benar, pengaruh kawan itu penting.
 Sekiranya kita berkawan dengan orang yang mengajak kita kepada kemungkaran, kita pasti akan terjebak sehingga melupakan-Nya. Itu tandanya iman kita masih belum kuat.
Awak,


 awk lah kwan saya:'(
syg awk<3





No comments:

Post a Comment